FOTO: FLYING WINDOW TINTERS

Tinggal di negara kita Malaysia yang bercuaca tropika dan sering panas, penggunaan tinted atau lapisan filem pada cermin kereta merupakan satu keperluan.

Bayangkan anda memandu kereta di bawah suhu mencecah 36˚C tanpa dilindungi cermin yang dipasang tinted. Walaupun dalam kereta berhawa dingin namun bahang panas akan dapat dirasai terutama bila cahaya matahari terkena kulit.

Disebabka itulah MASKULIN berani katakan penggunaan tinted pada cermin ini sudah jadi sesuatu yang wajib untuk setiap pemilik kereta. Namun sebelum anda memasang atau menukar tinted pada cermin kereta terdapat beberapa perkara penting perlu anda tahu.

MAKSUD VLT DAN SPF

Sebelum memasang tinted anda perlu tahu tentang Visible Light Transmision (VLT) dan Sun Protection Factor (SPF). Kedua-dua perkara ini sangat penting bagi menentukan tahap penggunaan tinted kereta anda.

Keltelusan vahaya biasanya ditunjukkan dalam nilai peratusan bersamaan dengan peratusan cahaya yang dapat menembusi tingkap sesebuah kenderaan.

Ini bermaksud VLT 30% dapat menapis 70% cahaya nyata. Manakala 30% lagi mampu menembusi tingkap kenderaan berkenaan. Filem tingkap akan kelihatan lebih gelap sekiranya tahap VLT lebih rendah.

IKLAN

Manakala SPF pula merupakan pengiraan menunjukkan berapa lama sesuatu bahan pelindung matahari dapat melindungi kulit kita daripada sinaran ultraungu B (UVB).

SPF lazimnya mempunyai 3 tahap seperti yang dipaparkan pada mana-mana bahan pelindung matahari:

  • SPF 15 menangkis 93% sinaran UVB
  • SPF 30 menangkis 97% sinaran UVB
  • SPF 50 menangkis 98% sinaran UVB

Jika anda menggunakan bahan pelindung matahari yang mempunyai SPF 30, maka anda akan dapat perlindungan 30 kali ganda lebih banyak berbanding tidak mempunyai sebarang pelindung matahari.

IKLAN
FOTO: GLASSTINT USA

PERLINDUNGAN ASAS

Pemilihan filem yang betul untuk tinted cermin kereta harus dilakukan dan dipasang agar memperolehi perlindungan yang baik. Filem berkualiti tinggi sekurang-kurangnya didatangkan dengan ciri perlindungan UV dan penangkis haba. Kebanyakan filem kereta standard di pasaran sekarang mampu menangkis 99% sinaran UV.

BEZA KUALITI FILEM

Sama seperti produk lain pastinya ada yang berkualiti dan juga tidak berkualiti. Pasti anda sendiri pun pernah lihat kereta yang mempunyai tinted menggelembung atau terkoyak. Itu bermakna pemasasangan yang dilakukan mungkin tidak berapa baik dan juga kualiti filem yang rendah.

Jadi gilem tidak berkualiti mungkin juga tak mapu memberi perlindungan sebaiknya dan melindungi anda dari UV berbahaya. Untuk keselesaan berpanjangan pasanglah filem yang baik dan berkualiti yang boleh didapati di pasaran pada harga yang tidaklah terlalu mahal. Jika terlalu murah, pasti ada yang tidak kenalah tu.

IKLAN
FOTO: EXOTIC WINDOW TINT

PENGGUNAAN FILEM GRED BAIK

Menggunakan filem berkualiti tinggi dapat menapis atau menghalang haba dengan baik mengikut Total Solar Energy Rejected (TSER). Ia merupakan istilah yang biasanya dapat dilihat pada produk filem kereta dan merujuk kepada jumlah haba yang dapat ditangkis

Kereta akan jadi lebih sejuk dengan cepat jika jumlah haba dapat dikurangkan. Jadi anda tidaklah perlu buka aircond dengan tahap paling tinggi. Secara tak langsung mampu menjimatkan penggunaan minyak.

WARANTI

Seperti pembelian produk yang lain pemasangan filem juga biasanya akan diberikan waranti. Ini terutamanya jika anda memasang filem yang berkualiti dan diedarkan oleh pengedar yang sah. Jadi amat penting untuk anda mendapatkannya dengan pembekal yang sah dan juga original.

Ia memberikan anda perlindungan waranti yang baik dalam tempoh lebih lama.

Semoga perkongsian ini boleh sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada anda. Jangan lupa untuk follow IG Maskulin untuk update gaya hidup lelaki terkini!