Hari Raya Aidilfitri sudah hampir menjelama. Walaupun pada tahun ini Hari Raya yang bakal kita sambut dalam Perintah Kawalan Pergerakan, namun ia tidak bermakna kita bersedih dan tidak meraikan hari kemenangan.

Sejujurnya, MASKULIN juga cukup rasa terkilan kerana tidak dapat pulang ke kampung untuk Raya. Malah, bukan tahun ini sahaja malah ia sudah dua tahun berturut-turut tidak dapat balik kampung beraya.

Itulah pengorbanan yang kita semua rakyat Malaysia perlu lalui demi melandaikan sekali lagi penularan wabak COVID-19.

Jadi raikanlah Hari Raya dengan keluarga kecil anda. Sambutlah dengan sebaik mungkin walaupun tidak dapat menziarahi rakan-taulan. Pakai pakaian baru dan sama-sama kita raikannya dengan cara baharu dengan komunikasi secara digital.

Selain pakaian, rumah juga perlulah kita raikan dengan menukar beberapa item baru atau yang lebih cantik. Sebagai cotnohnya langasir. Tidakperlu beli baru, cukup sekadar anda tukar dengan langsir yang mungkin telah lama tersimpan dalam stor.

IKLAN

Namun dalam masa dingkat anda perlu mencucinya semula sebelum dipasang. Usah risau, kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa step cuci langir menggunakan mesin basuh.

KITARAN SESUAI

Pilih kitaran atau mode cucian yang sesuai. Jika mesin basuh anda dilengkapi dengan kitaran basuhan fabrik lembut, maka pilihlah sistem itu. Manakala, jika sebaliknya pilihlah penggunaan kitaran cool wash atay slow spin.

IKLAN

PENCUCI FABRIK

Untuk pencuci fabrik, cukup sekadar anda gunakan sebagai dua penutup botol sahaja. Boleh guna pencuci fabrik harian yang selalu anda gunakan.

KOTORAN DEGIL

Jika langsir anda ada kotoran degil, maka selebih lakukan cucian pastikan anda lakukan rendaman dahulu. Rendam sahaja di dalam mesin basuh kira-kira 15 hingga 30 minit dengan menggunakan sebatian baking soda dan cuka putih. Selesai rendam, bilaskan dengan air dan mulakan cucian.

IKLAN

MUDAH RENYUK

Jika langsir anda dari kain mudah renyuk, elakkan mencucinya dengan menggunakan mesin basuh. Lakukan sahaja dengan cucian tangan agar ia tidak terlalu merenyuk.

HARUMAN FABRIK

Bagi mengekalkan langsir sentiasa nampak cantik dan bebas bau kurang menyenangkan anda boleh guna mesin hampagas atau berus lembut untuk hilangkan kotoran dan habuk. Selain itu boleh lakukan semburan haruman fabrik untuk bau lebih wangi.

Selamaty mencuba!

Jangan lupa follow IG MASKULIN ya.